ASSALAMUALAIKUM.......
"Aku ni kan sensitif jadi aku...."
"Aku ni kan kuat terasa so aku... "
Makanya insan sekeliling perlu menjaga hati dia. Bimbang kalau-kalau terlepas kata pada dia nanti dia SENTAP. Mulalah muncungnya panjang sampai boleh sangkut baju.
tapi....
tapi..............
tapi.........................
Aku juga punya hati beb.
Kadang-kadang kau herdik aku, aku buat muka selambeerrr je.
Kau gelakkan aku, aku terima jerr.
Padahal dalam hati perghh rasa macam luka kena simbah dgn jus lemon.
perit.. perit...
Mata aku ni macam empangan,
mampu menahan air mata bila hati kata adoiii sakitnya hati aku..
tapi bila empangan pecah..memang macam banjir kilat
Yelah..
orang bilang aku tabah,
orang bilang hati aku kental,
orang bilang aku cool,
hanya kamu sahaja yang diduga hebat
hanya kamu yang merasa perit
hanya kamu yang merasa sakit
hakikatnya bila aku sendiri mulalah bergenang air mata
keluarnya tidak boleh di henti.
Sedarlah kamu ini hidup dengan manusia,
bukan anak kambing
pendamlah selagi mampu,
telanlah walau sepahit peria katak
hidup ini walaupun berteman
hakikatnya kita tetap sendiri
ke kubur jua kekalnya nanti.
Nota ini juga untuk aku
Kerana aku juga insan biasa
Kalau ditembak dengan sniper mati di tempat kejadian
pffttt....
With love,
Anak Pak Mencong